MUHAMMAD PESURUH ALLAHBAB 10

CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH RASULULLAH SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

Pejamkan matamu,
Tongkatkan lidahmu ke langit-langit,
sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Ini adalah kaedah untuk menyebut Allah secara tersembunyi di dalam hati.

FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI

Rasulullah saw pernah bersabda,

“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul daripada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka, lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini?

Para malaikat itu menjawab, kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw untuk dilaksanakan ialah

Pejamkan matamu,
Tongkatkan lidahmu ke langit-langit,
sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Pejamkan mata - tujuan memejamkan mata ialah untuk melakukan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan, tumpuan yang hendak dilakukan ialah sepertimana kiasan atau pengajaran yang boleh diambil di dalam firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:

"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".

Allah berfirman:

"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu",

Setelah Tuhannya "Tajalli" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)

"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Perbuatan pejam mata yang perlu dilakukan ialah memejam mata bukan rapat, pejam mata tetapi masih boleh melihat dan ditumpukan kepada puncak hidung (kiasan daripada gunung Thursina),

Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan juga boleh dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri, di mana yang telah Allah jelaskan seperti di dalam firmanNya pada Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

(Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhluk selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

CONTOH SIFAT-SIFAT KETUHANAN SEPERTI SIFAT ADA (ZAT), MENGETAHUI (BERILMU), HIDUP, BERKUASA, BERKEHENDAK @ BERKEMAHUAN, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAIN LAGI

Di dalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu

Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan atau keakuan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..

OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah

25.Surah Al-Furqān ayat 43

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Begitu juga jika kita memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna kita sedang meletakkan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti kita sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

Firman Allah

16.Surah An-Naĥl ayat 22

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16.Surah An-Naĥl ayat 51

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada diri kita sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan.

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah di ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai diri sendiri itu adalah sifat ketuhanan Allah

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah

INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI

Seseorang itu tidak boleh merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat dirinya sendiri dan ia juga tidak boleh menyangka yang sifat yang ada pada dirinya sebagai sifat Allah...

Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada dirinya seseorang itu tidak boleh merasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat dirinya sendiri dan dia tidak boleh menyangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat ketuhanan Allah.

Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan hendaklah ditumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..

Setelah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..

“TONGKATKAN LIDAH KE LANGIT-LANGIT”

Kemudian sebutlah “ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH” tanpa putus dengan tertib, jangan terlalu laju dan jangan terlalu lambat. Sebutan Allah ini akan berlaku pada setiap kali goyangan bulu roma tunggal atau kunci nyawa.

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..

Lakukan sehingga dapat merasakan sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah telah berlaku pada masa atau pada saat yang sama...

BAGAIMANA HENDAK MENYEBUT ALLAH DI DALAM KEADAAN SEDANG MENONGKATKAN LIDAH KE LANGIT-LANGIT?

Semasa seseorang menyebut Allah pada masa lidah tidak ditongkatkan ke langit-langit, pergerakan lidah akan membunyikan perkataan Allah yang sedang disebut.

Tetapi setelah lidah ditongkatkan ke langit-langit, lidah tidak lagi boleh bergerak,

Semasa menyebut Allah di ketika lidah sedang ditongkatkan ke langit-langit, apabila disebut Allah ada anggota lain yang dipanggil dengan nama bulu roma tunggal atau ada juga yang menamakan anggota tersebut dengan nama kunci nyawa...

Pergerakan anggota tersebut di ketika menyebut Allah dengan cara lidah sedang ditongkatkan ke langit-langit menandakan seseorang itu sedang menyebut Allah (secara tersembunyi) di dalam hati....

Pada ketika sedang berlakunya menyebut Allah dengan penumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah pada masa atau pada saat yang sama...

Di ketika inilah sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, di mana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan akan menjadi sebagai penyaksian dan menyebut Allah akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang disaksikan tersebut adalah sifat ketuhanan Allah.

Diteruskan latihan dengan menyebut Allah di ketika atau pada saat yang sama dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah yang sedang berlaku.

Setelah berlaku sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah pada saat dan masa yang sama di sini akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Keadaan inilah yang dimaksudkan oleh perkataan “ASHADU AN - AKU NAIK SAKSI” di awal dari kalimah “LAA ILAHA ILLALLAH”

Pada ketika inilah seseorang itu perlu melafazkan kalimah “LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut sepertimana sabda Rasulullah saw melalui hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berzikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf kepada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda:

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sedar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata: Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”. Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata: Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Oleh Adnan Al-Yani
MUHAMMAD PESURUH ALLAH • Adnan Al-Yani